Sunday, 13 March 2011

10 Gambar-Gambar Inovasi

MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)



1)SAJADAH 1426(BERLAMPU)


*Sajadah kreatif dari designer Turki, Soner Özenç, ini akan menyala lebih terang pada saat sejadah tersebut menghadap tepat ke Mekah atau kiblat.
*Sajadah kreatif dari designer Turki, 
Soner Özenç, ini akan menyala lebih terang pada saat sejadah tersebut menghadap tepat ke Mekah atau kiblat. Sejadah 1426 dibuat menggunakan teknologi percetakan fosforus electroluminescent yang membenarkan ia untuk mempamerkan grafik pelbagai corak secara langsung dipermukaan.  Sejadah 1426 di1426 ialah tahun kalendar Islam yang bersamaan dengan tahun 2005.
Sebuah kompas tertanam membuatkan sejadah tersebut akan menyala dengan lebih terang dan jelas apabila menghadap tepat ke arah kiblat dan ini akan memudahkan pengguna-pengguna dalam menentukan arah kiblat untuk bersolat walaupun dimana–mana. Terdapat butang MODE ON/OFF untuk menghidupkan atau untuk mengaktifkan fungsi kompas.
*Terdapat 3 versi sejadah 1426 iaitu :
      1. Sejadah 1426 yang menggunakan bateri yang disokong dengan fungsi 
          kompas.
      2. Sejadah 1426 hanya menggunakan fungsi kompas
      3. Sejadah 1426 yang menggunakan tenaga elektrik tanpa fungsi kompas



2)PEMETIK API USB





Pemacu kilat atau flash drive mempunyai keupayaan atau kapasiti sebanyak 8GB dan pemetik api ini bersifat ringan serta boleh di cas semula. Slaid penyambung USB keluar daripada bawah kotak logam, dengan menggunakan tuil gelangsar kecil yang terletak pada sebelah pemetik api. Pemetik api ini mempunyai kemasan krom yang berkilat dan satu nyalaan boleh laras.
Spesifikasi pemetik api USB ini ialah:
      1.      Mempunyai keupayaan sebanyak 8GB
      2.      Slaid penyambung USB daripada pemetik api
      3.      Kes metal
      4.      Api boleh laras
      5.      Demensi : 1.5" x 2.4" x .5" (3.8 x 6 x 1.3 cm)









3)KASUT DENGAN PEMANAS (USB HEATING SHOES)





Spesifikasi kasut pemanasan USB ini ialah:
     1.      Didatangkan dengan satu pemanas kaki berasingan
     2.      Pemanasan pad yang menghasilkan panas dengan menggunakan port USB atau External      Power (3x AA bateri untuk setiap kotak).
     3.      Berupaya dan mampu menguasai atau mengendalikan suhu
     4.      Pemanasan boleh laras iaitu tinggi atau rendah
     5.      Mempunyai kabel dengan panjang 120cm
     6.      Ideal untuk nyahfroskan kaki  semasa musim sejuk.
Satu kelebihan kasut ini adalah kasut ini dikuasakan oleh bateri-bateri sekiranya mahu  berjalan tanpa menggunakan wayar USB yang bertalian dengan komputer riba.













4)BACKPACK UNTUK PENUNGGANG BASIKAL






Seil, backpack kreatif dari Lee Myung Su Design Lab ini sangat memudahkan penunggang basikal untuk memberi tanda pada pengguna  kenderaan lain di belakangnya, seperti saat akan berbelok ataupun berhenti. Karya ini memenangkan penghargaan tertinggi dalam kontes desain bergengsi RedDot Design Award 2010.
Biasanya, penunggang-penunggang basikal menggunakan kantung atau beg galas untuk membawa dompet, telefon, dan botol air. Dengan menggunakan LED dan PCB  yang fleksibel yang terdapat pada Seil Bag atau beg galas dapat menunggang basikal dengan selamat.
 Apabila penunggang basikal menggunakan isyarat tangan untuk memberi signal dan menunggang dengan sebelah tangan satu lagi sama ada tangan kiri atau kanan ini akan menyebabkan atau membolehkan berlakunya kemalangan. Tetapi dengan menggunakan produk Backpack ini ia menyediakan  kawalan lebih selamat dan lebih mudah untuk penunggang basikal. Seil bag direka untuk  menunjukkan signal sama ada kiri ataupun  kanan dari penunggang basikal. 
Penunggang basikal hanya perlu mengendalikan pengawal wireless yang membolehkan pelbagai isyarat seperti isyarat arah, isyarat kecemasan dan sebagainya.








5)CHARGER POKOK BONSAI





 
Karya Vivien Muller, pereka dari Perancis ini mampu mengubah paradigma, bahawa teknologi hari ini harus berdesign futuristik atau moden. Charger serbaguna dengan memanfaatkan tenaga suria ini berbentuk seperti sebuah pohon bonsai, lengkap dengan potnya. Bonsai ini memiliki 54 lembar daun yang merupakan panel suria atau panel foto-elektrik, yang menyerap tenaga cahaya dan disimpan dalam bateri dalaman semasa waktu siang dan kemudiannya boleh digunakan untuk mengecas alat-alat pada waktu malam.
Pokok Bonsai ini disukai oleh orang timur untuk menghias atau mendekorasi tempat tinggal mereka. Pokok Bonsai ini menyembunyikan semua wayar-wayarnya dan palam dibawah dulangnya. Tambahan pula, pokok Bonsai ini bersifat fleksibel iaitu setiap cabang pada pokok itu boleh dilepaskan atau dicabut dan disesuaikan dengan ruangan yang lebih kecil seperti meletakan diatas meja belajar atau meja kerja.
Pokok Bonsai ini lebih kurang seperti Lego yang mana setiap bahagian boleh diputarkan atau dimainkan untuk menghasilkan pelbagai bentuk yang sesuai dengan keperluan  dan bagi memenuhi  ruang yang anda miliki.


6)PAYUNG LIPAT





Inovasi terbaru! Payung lipat cap Kapal cantik dan unik. Bila terkena air akan muncul motif bunga. Bila kering akan kembali polos ( seperti semula) .Tersedia 6 pilihan warna cantik iaitu  Biru muda, biru tua, ungu, merah muda, merah tua, dan hijau. Pemegangnya diperbuat daripada besi yang tebal dan kuat. Bentuknya simpel dan boleh dimasukkan kedalam beg.



7)NoMix





       1.  Sejenis mangkuk tandas.
    2.Mempunyai dua mangkuk berasingan dengan fungsi yang berbeza.
    3. Mempunyai mangkuk khas untuk menapis air urin berbanding dengan mangkuk tandas yang biasa.
    4. Menapis urin dengan tujuan untuk mengambil fosforus dari urin tersebut. Ini berbeza dengan tandas konvensional yang mana air urin terus mengalir ke dalam mangkuk yang mempunyai air bertakung.
    5.Fosforus penting untuk penghasilan baja mesra alam dan bekalan dijangka semakin susut untuk beberapa tahun lagi.


8)Voltpot





    1. Meja kopi yang mempunyai rumput semulajadi.
        2.  Meja ringkas ini juga boleh menghasilkan tenaga yang mampu mengecas
         alatan seperti telefon bimbit dan pemain MP3.
        3.  Rumput semulajadi tersebut menghasilkan persekitaran yang hijau dalam 
         rumah anda kerana membekalkan oksigen melalui tumbuhan.   
        4. Tenaga dihasilkan menggunakan Microbial Fuel Cell (MFC) di dalam tanah 
         rumput tersebut melalui proses metabolisma.
        5. Mampu menghasilkan tenaga berterusan sebanyak 10 watt.




9)Airblade™ by Dyson







             1.  -Alat pengering tangan (handdryer)
     2. Mengeringkan tangan hanya dalam masa 10 saat
     3. Penggunaannya bersamaan dengan penggunaan 19 tisu tangan.
     4. Hygienic, di mana alat ini menangkap dan menghapuskan 99.9% bakteria di  
       udara berbanding alat konvensional.
     5.Menggunakan 80% kurang tenaga berbanding alat yang biasa.



10)Dyson DC22







    1.  Sejenis mesin hampagagas (vacuum cleaner).
       2.   Menggunakan sedutan yang tinggi berbanding hampagas biasa iaitu 
         100000 kuasa graviti.
       3. Menjimatkan tenaga berbanding hampagas biasa.
       4.  Tidak memerlukan "dust bag" dan mudah dicuci.
       5.  Boleh menghapuskan mikroorganisma di atas lantai.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment