Thursday 24 March 2011

Kebaikan dan Kaburukan Penggunaan E-Learning (E-Pembelajaran)

E-Learning adalah salah satu kaedah alternatif yang popular dalam proses pembelajaran pada hari ini. Ia merupakan sistem pendidikan yang membantu pelajar dengan menggunakan medium internet, intranet dengan komputer. Dengan ini, pelajar dapat belajar sesuatu dengan menggunakan internet. Namun begitu, kaedah ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.
            Kebaikan menggunakan E- Learning adalah memudahkan pengajar atau pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan berkaitan kuliah mereka. Ia juga dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Selain itu, ia juga secara tidak langsung member pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat ‘print out’ nota-nota mereka.
            Keburukan menggunakan E- Learning pula adalah mewujudkan kurangnya komunikasi antara pensyarah dan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Ini seterusnya menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek pembelajaran.Keburukannya yang lain adalah risiko berlakunya unsur plagiat, pelanggaran hak cipta atau dengan kata lain mengambil hak penulisan orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, ia juga menyukarkan pelajar terutamanya golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam E-Learning.     

19 comments:

  1. Penggunaan E-learning ini juga dapat mengenalpasti kelemahan seseorang pelajar. Kelemahan serta kekuatan seseorang pelajar ketika menggunakan E-Learning ini ialah apabila proses pencarian sumber maklumat serta latihan yang diberikan. Sehubungan dengan itu, melalui latihan yang dijalankan dalam talian mampu membuat penilaian terhadap para pelajar dalam satu-satu subjek matapelajaran yang diambil.

    FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA
    A12817
    FSSK/2 2010/2011

    ReplyDelete
  2. penggunaan E=learning memang tidak dinafikan banyak kebaikkannya, antaranya jimat masa, memudahkan komunikasi antara pelajar dengan pensyarah ..akan tetapi keburukkannya boleh menyebabkan pelajar itu malas dan tidak akan hadir ke kelas untuk mendengar kuliah kerana segala nota telah di upload di E-learning oleh pensyarah.

    selain itu juga, pensyarah tidak tahu akan perangai pelajar mereka sendiri ataupun masalah pelajar. ini kerana, proses pembelajaran E-learning tidak menemukan antara pelajar dan pensyarah secara langsung, oleh itu pensyarah tidak tahu akan situasi pelajar tersebut.(pemerhatian secara langsung~psikologi)

    OMAR SHAHERAN BIN ZAINUDIN
    A128243
    FSSK/2 2010/2011

    ReplyDelete
  3. Salam Izzat,
    Sejujurnya, saya bersetuju dengan penggunaan E-learning dalam pendidikan. Buktinya, semua urusan yang dulunya sukar kini menjadi lebih mudah dengan adanya akses internet.

    Keburukan E-learning bukanlah pada nama E-learning, tetapi pada mereka yang salah menggunakannya. Pelajar perlu selalu diingatkan bahawa E-learning ini ada untuk memudahkan mereka, maka selayaknya mereka menggunakan perkhidmatan itu dengan cara yang betul.
    Contoh, janganlah tidak pergi kelas kerana nota sudah di upload di spin. Ilmu yang kita baca, dengan ilmu yang kita dengar lain pemahamannya. Dikhuatiri apa yang kita baca tu salah, dan kita sebarkan maklumat yg salah itu pada orang lain.

    Belajar ini perlu berguru. E-learning hanya alat sampingan yang memudahkan urusan P&P.

    MASTURA BINTI NASRUN SANI
    A127641
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    Semester 2, Sesi 2010/2011

    ReplyDelete
  4. salam saudara Izzat..

    penggunaan E-learning sebagai alat bantuan mengajar yang memudahkan proses P&P. Ianya digalakkan bagi pelajar universiti, pengajian jarak jauh dan pembelajaran secara maya. Namun jika sekiranya capaian internet atau wireless tidak memuaskan penggunaan E-learning tidak dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya maklumat dan komunikasi tidak akan berlaku.

    NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
    A129848
    PEMBANGUNAN MANUSIA,FSSK
    TAHUN 2, SEM 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL SELASA 10 PM
    MAKMAL KOMPUTER DEWAN BUDIMAN

    ReplyDelete
  5. salam izzat,

    pada pendapat saya, saya memang bersetuju penggunaan e-learning sebagai medium alternatif dalam pendidikan. Memang banyak kebaikkanya, namun ada juga keburukannya. bergantung kepada diri individu tersebut sama ada menggunakan kemudahan ini ke arah kebaikkan atau sebaliknya. tetapi di era globalisasi ini, sememangnya saya rasa perlu meluaskan lagi pelaksanaan e-learning ini berikutan banyak faedah yang diperolehi.

    NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
    A127162
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2 SEM 2 SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. E-learning adalah salah satu cabang sistem teknologi maklumat pada masa sekarang. sememangnya tidak dapat dinafikan ianya banyak membantu para pelajar dan pengajar. ianya juga menjadi medium kerana menyenangkan pensyarah. Pelajar tidak lagi perlu membawa buku yang banyak dan boleh melontarkan semua idea yang ada tanpa perlu berasa malu dan disini berlakunya pertukaran idea antara pelajar dan guru. Namun terdapat juga kelemahan kerana menyebabkan pelajar malas dan menyebabkan komunikasi antara pengajar dan pelajar kurang

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  8. saya bersetuju e-learning ada kebaikan dan keburukannya. lagipun pada masa sekarang semuanya bergantung kepada teknologi semasa. Pelajar lebih banyak menghabiskan masa di internet untuk memuat turun nota dan info-info terkini. Namun penggunaannya perlulah ke arah yang betul supaya ia dapat memberi banyak kebaikan daripada keburukan.

    Amira Zalikha
    A129213
    FSSk/2
    Pembangunan Manusia

    ReplyDelete
  9. pengunaan e-learning perlu seimbang dengan gaya pembelajaran semasa kerana jika terlalu memberi penekanan kepada E-learning nescaya pelajar akan terlalu bergantung kepada penggunaan teknologi dan mengabaikan skill interpersonal mereka. Lihat sahaja kes pelajar Ukm yang kurang mempunyai skill interpersonal dan kurang berkomunikasi dengan pensyarah bahkan kurang gemar untuk bersua muka dengan pensyarah di bilik kerana sudah boleh mendapat maklumat di internet/jurnal sahaja.

    Faridah Hanis Bt Hood
    A130471
    FSSK
    SEM 2 2010/2011

    ReplyDelete
  10. E-learning merupakan salah satu medium perkongsian yang sangat efektif.pada pendapat saya sedikit sukar untuk menjalankan perbincangan melalui e-learning ini kerana penglibatan individu masih kurang dalam laman ini dan saya bersetuju dengan pendapat cik Faridah, sekiranya terlalu berhubung melalui e-learning boleh mengurangkan peranan sosial individu.

    ROZANA MOHAMED RAZALI A128055
    PEMBANGUNAN MANUSIA TAHUN 2
    SEM 2 2010/2011

    ReplyDelete
  11. Dengan kegiatan e-Learning dimungkinkan berkembangnya fleksibili belajar yang tinggi. Ini bermakna, guru dapat mengakses bahan-bahan belajar setiap saat dan berulang-ulang dan juga dapat berkomunikasi dengan instruktur setiap saat. Hal ini demikian kerana, pendidik atau guru dapat lebih memantapkan penguasaannya terhadap material pembelajaran.

    Manakala kemudahan infrastruktur tidak hanya tersedia di bandar sahaja tetapi telah menjangkau di luar bandar dan pedesaan, maka kegiatan e-Learning akan memberikan manfaat (Brown, 2000) kepada pelajar yang (1) belajar di sekolah-sekolah rendah di daerah-daerah miskin untuk mengikuti mata pelajaran tertentu yang tidak dapat diberikan oleh sekolahnya, (2) mengikuti program pendidikan keluarga di rumah (home schoolers) untuk mempelajarii bahan pembelajaran yang tidak dapat diajarkan oleh para orangtuanya, seperti bahasa asing dan keterampilan di bidang komputer, (3) merasa fobia dengan sekolah, atau pelajar yang dirawat di hospital atau di rumah, yang terkandas sekolah tetapi berminat untuk melanjutkan pendidikannya, yang dikeluarkan oleh sekolah, atau pelajar yang berada di pelbagai daerah atau bahkan yang berada di luar negeri, dan (4) tidak tertampung di sekolah konvensional untuk mendapatkan pendidikan.

    ZAINI BINTI ABDUL AZIZ (A128256)
    PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)
    TAHUN 2, SEM 2 2010/2011

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Mengupas isu pembelajaran E-Learning, tentunya saya setuju bahawa ia mendatangkan kebaikan kepada para pelajar. Ilmu dan maklumat banyak diperolehi melalui penggunaan internet.

    Ia merupakan bahan bantu untuk membuka minda pelajar dengan maklumat yang banyak dari sumber yang pelbagai. Contohnya adalah laman web, blog dan forum.

    E-Learning juga membolehkan pelajar meneroka ilmu yang kemungkinan tidak disediakan di sekolah harian biasa. Ia adalah merentas sempadan dan menjangkau sumber dari pihak luar negara.

    Oleh itu, pemikiran pelajar tidak konvensional malahan persepsi mereka juga terbuka, lebih positif, tidak ketinggalan dan maju ke hadapan.

    Pembelajaran E-Learning perlu diberi penekanan dan dorongan. Namun pemantauan perlu dilakukan agar tiada penyalahgunaan meklumat berlaku.
    Selamat beramal.

    Sekian, Wasalam.

    NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK
    TAHUN 2/SEM 2 (SESI 2010/2011)
    Tutorial: 8-10pm

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    E-learning merupakan satu medium antara guru dan pelajar dalam proses pembelajaran.Dengan adanya e-learning, proses pembelajaran menjadi lebih mudah difahami oleh pelajar dan menjadikan ia lebih interaktif dan berkesan. Akan tetapi, terdapat isu dimana sesetengah guru tidak dapat menerima penggunaan e-learning didalam proses pembelajaran ini terutamanya guru senior. Ada yang menganggap teknologi dan komputer dalam pembelajaran adalah suatu yang membazirkan. Sikap negatif ini perlulah dikikis dan perlu dipandang secara positif dimana pada kenyataannya para pelajar memang memerlukan kelainan dan boleh menarik minat dan perhatian mereka dalam proses pembelajaran.

    Sekian.

    NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
    A130905
    PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
    TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
    Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    E-Learning sememangnya menyenangkan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada kepada pelajar mahupun tenaga pengajar.Seperti pandangan sahabat-sahabat di atas,saya bersetuju bahawa ianya turut mempunyai kesan negatif iaitu pelajar jarang bersua muka dengan pensyarah kerana nota-nota kuliah telah dimuat turun melaluinya.Namun semua ini bergantung kepada seseorang individu.Seandainya individu tersebut berfikiran positif,mereka semata-mata tidak akan mengharapkan nota melalui E-Learning bahkan akan menghadiri setiap kuliah untuk mendapatkan lebih informasi daripada pensyarah.

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    ReplyDelete
  15. SALAM IJAT..
    E-learning merupakan sistem pendidikan yang membantu pelajar dengan menggunakan medium internet, intranet dengan komputer. Dengan ini, pelajar dapat belajar sesuatu dengan menggunakan internet. Namun begitu, kaedah ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  16. E-learning itu elok sebab ia boleh diakses bila-bila masa sahaja, walaupun tengah malam. Namun, disebabkan tiada perjumpaan antara pensyarah-pelajar, ianya sebenarnya boleh mengurangkan kebolehan pelajar untuk berinteraksi secara bersemuka. Ramai yang boleh bertanya dengan hanya menghantar email, tetapi tidak ramai yang boleh bertanya secara berdepan dengan pensyarah.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Izzat,

    kewujudan E- learning adalah satu kriteria yang penting dalam sistem pendidikan abad yang ke-21. Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan di masa hadapan. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani halangan-halangan yang dihadapi agar penggunaaan E-pembelajaran dapat mencapai tahap yang memuaskan.

    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  18. Secara keseluruhannya, penggunaan e-learning sememangnya banyak membantu memudahkan sesi pembelaajaran dan pengajaran.

    Selain itu juga, penggunaan e-learning dapat mengurangkan masalah pencemaran kerana tiada kertas mahupun kenderaan diperlukan untu proses penghantaran maklumat.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  19. Penggunaan e-learning adalah bersesuaian untuk dipraktikan dalam pembelajaran pada masa kini. Ini kerana teknologi semakin berkembang pesat dan jika pelajar tidak memanfaatkannya, dikhuatiri pelajar akan ketinggalan dan akan mengalami kesukaran untuk bersaing di dalam alam pekerjaan sekiranya seseorang pelajar itu tidak mahir dalam penggunaan teknologi.

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete